5: nak debat tertutup, sebab nasihat ketua polis?
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin berkata beliau akan berdebat dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin di tempat tertutup.
Katanya, beliau membuat keputusan itu selepas dinasihatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya debat tersebut tidak diadakan di lokasi terbuka yang dikhuatiri hanya mencetuskan perbalahan sesama umat Islam.
"Saya dinasihati oleh IGP supaya debat itu diadakan secara tertutup.
"Kita tak nak cetuskan perbalahan yang merugikan orang Islam, nanti timbul persepsi negatif terhadap orang Islam," katanya dalam satu sidang
media di Kuala Lumpur.
Katanya, ia bermakna hanya tetamu yang terdiri daripada ahli akademik, agamawan dan pegawai agama sahaja yang dibenarkan menyaksikan debat tersebut.
Zamihan sebelum ini didakwa menyerang Asri dengan mengaitkannya dengan aliran Wahabi dan keganasan. Asri menafikan perkara itu dan menyifatkan Wahabi sebagai sebuah istilah "misteri".
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memilih menamatkan perbalahan mereka dengan menawarkan untuk menganjurkan debat antara kedua-duanya pada 10 Februari.
Walaupun Asri menerima cadangan itu, Zamihan bagaimanapun berkata beliau tidak dapat hadir pada tarikh tersebut kerana dijadualkan untuk memberi ceramah kepada banduan.
Beliau berkata akan mengadakan pertemuan dengan setiausaha Shahidan malam ini untuk membincangkan bagaimana debat itu akan dijalankan.
Zamihan berkata demikian selepas seminar bersama antara polis dan Aswaja untuk melatih anggota Aswaja dalam mendidik orang ramai memerangi ideologi militan IS.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
https://m.malaysiakini.com/news/329820
Itulah dia banyak cara zamihan elak debat, sebenarnya masih banyak lagi tapi cukup ini sahaja...
Namun hakikatnya.....
Sebenarnya zamihan sudah tahu tentang format dan sudah tandatangan persetujuan dan sudah pasti si zamihan bersetuju, sebenarnya tak ada muslihat apa pun, tapi biasalah... Sakit otak
Ini adalah screenshot dr facebook dr ustaz rozaimi
Selepas sahidankasim membatalkan diskusi antara maza dan zamihan atas sebab-sebab arahan pihak tertentu, maka sinar harian menghidupkan nafas diskusi ini kembali, jadi DISKUSI ZAMIHAN VS ASRI tetap berlangsung pada 17hb2/16,,,
Tetapi kelibat zamihan ingin ikut diskusi juga tidak ada, hanya post dekat facebook dia siap diskusi je, bagaikan bergantung tidak bertali,,, ini bermakna zamihan telah tewas tanpa bertanding dan tempat zamihan telah digantikan dengan ahli penel yang lain,
Namun yang paling lawaknya, kawan zamihan iaitu abu syafiq yang mukanya tak ada hidayah macam zamihan juga tu melompat2 gembira dalam facebook dan mengatakan maza telah kalah tak berani debat, ini adalah sesuatu yang lucu, kenalkah anda semua kepada abu syafiq??? Diharap jangan tergelak kalau lihat muka syafiq ni.....
Jika anda membaca tulisan abu syafiq ni memang anda akan tergelak sebab perkataan abu syafiq seperti budak terencat akal
Bagaikan jatuh di timpa tangga, selepas tewas sebelum berdebat zamihan telah diberi notis pindah ke bahagian sumber manusia , jakim, itupun zamihan tak puas hati dan menuduh itu adalah konspirasi menutup mulut dia, tapi zamihan tak pernah fikir orang dah meluat tengok perangai dia yang macam samseng......memalukan jabatan....hmmmm
Selepas diarahkan tidak meneruskan perdebatan dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin kini menerima arahan ditukar serta-merta ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa Khamis ini.
Bagaimanapun, menurut Zamihan, beliau akan mendapatkan kepastian daripada KDN dengan berjumpa menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri, kerana ditukar tanpa alasan.
Malah katanya, sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan di KDN, beliau tidak teragak-agak untuk secara sukarela menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam.
"Saya ditukar serta-merta lapor diri 18 haribulan ini. Saya tidak buat rayuan apa-apa. Saya akan merayu kepada Allah dan Rasul. Mereka tukar saya tanpa alasan.
"Saya akan tanya bos saya dahulu (Zahid). Kalau beliau perlukan khidmat saya di KDN, saya akan kekal. Kalau dia tidak perlu khidmat saya, saya keluar angkat kakilah. Saya keluar sebagai penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Tambahnya, yang sebelum ini ditugaskan khusus menangani isu pelampau agama, meskipun tidak menjadi penjawat awam, beliau masih lagi boleh meneruskan perjuangan sebagai pendakwah.
"Saya tetap boleh berdakwah secara proaktif. Kita ini kerja dengan Allah bukan kerja dengan manusia.
"Saya aktif dengan badan bukan kerajaan (NGO), kita pun banyak program serta tak menang tangan.
"Kita buat program dakwah dan banteras ajaran menyeleweng ini," katanya yang juga presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja).
Terdahulu hari ini, Zamihan mendedahkan wacana ilmu mengenai ekstremisme agama yang menggandingkan beliau dan Asri dibatalkan pada saat-saat akhir ekoran arahan daripada pimpinan tertinggi negara.
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim pun sedia maklum, (debat) pada 17 haribulan itu, atas arahan pimpinan tertinggi negara, dibatalkan," katanya yang enggan mendedahkan siapa kepimpinan tertinggi yang dimaksudkan.
Sementara itu, Zamihan berkata, beliau mengesyaki punca penukaran beliau ke Jakim adalah kerana ada pihak yang mahu menutup suaranya.
"Puncanya, ada orang guna kuasa politik dia untuk menekan ketua jabatan saya, supaya saya ini jangan bersuara dan jangan lawan menteri.
"Apa yang saya hendak bincangkan, wacana ilmiah ini, untuk ilmu. Bukan saya pertahankan hak peribadi atau benda yang remeh temeh," katanya.
Sebelum ini, Zamihan dan Asri dilihat sering berhujah dan bertikam lidah di media sosial dan ketika berceramah.
Ia membuatkan Shahidan mengambil inisiatif cuba meredakan keadaan yang meruncing dan menimbulkan kegusaran umat Islam dengan menemukan mereka dalam satu perdebatan terbuka. – 16 Februari, 2016.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ditukar-tanpa-alasan-zamihan-mahu-bertemu-menteri
Bagaikan kanak2 minta belas kasihan... Minta belas TPM
Namun dr maza tidaklah sebusuk abu syafiq ni, dr maza tidaklah seganas zamihan dan saya juga bukanlah peminat dr maza, namun secara berterus terang saya mengakui pendapat2 yang diutarakan maza lebih sederhana dan boleh diterima oleh orang ramai,
Dan yang paling terharu dr maza tetap anggap zamihan saudara seagama dan dr maza melarang komen2 keras di media2 sosial terhadap zamihan
Sudahkah anda menerima hakikat sebuah cinta ini?????